06 January, 2009

27 Dis 2008 - Min & Anis

Assalamualaikum... pembuka bicara hari ini.


ish..udah hampir enam bulan Me tak update blog nie yer..entahlah..x tau kenapa dan tak ada idea nak update blog nie..dan kadang2 sikap malas menerpa di dalam diri,lagi la..lansung x jenguk blog Ku ini...

Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Masuk dah 1430 Masihi dan Selamat Tahun Baru 2009. Aiyaaa... pejam dan celik setiap hari rasanya baru semalam aku menghabiskan study ku di Kolej. Maknanya umo aku tahun ni sudah 26 tahun... alaaa... kenapa masa berlalu begitu cepat. Tapi alhamdulillah, time umo camnie aku udah berkahwin dan udah ada cahayamata... aku bahagia disamping suami ku itu....akhks....

And then sbg penutup tahun 2008, seorang lagi ahli keluargaku mengikat tali pertunangan. Sape lagi, kalau bukan abang kesayangan ku, MIN... Skarang, aku nak citer cikit pasal abangku, siapa tunangnya?? Bagaimanakah mereka mengenali antara satu sama lain... mari kita baca dan saksikan serba sedikit berita pertunangan mereka....

Aku anak kedua dari 4 org adik beradik. Abangku namanya Mohd Hazimin, Panggil saja dia MIN, memang nama tu dia guna kat mana2 pun, tak seperti aku, sentiasa berubah-ubah nama panggilan. umonya tua setahun dari aku.. skarang dia bekerja sebagai Penguatkuasa KASTAM diraja Malaysia di Padang Besar, Perlis. udah 2 tahun agaknya la, dia bekerja kat situ dan aku mendapat satu berita yg sahih lagi sahih bhw abang aku mengenali tunangnya itu semasa mereka mula² lapor diri, kiranya mereka ni satu "batch" la........ kan senang......

Aku nak perkenalkan pulak tunang abang aku ni, namanya Anis Syazira binti...... Aku tak tau la binti aper. dia nie orang Changlun Kedah, (Siam Malaysia). Keciljer orangnya, berkulit sawo matang, ala-ala kulit aku gitu... yang bestnya Umo girl ni baru 22, aiyaa... lebih muda dari aku maaaa...... nak wat camner dah jodoh. Yang penting abang aku happy...happy sukmo..

Kat sini ada antara gambar yg sempat aku "snap" kan untuk tatapan semua :

1. Ketibaan rombongan dari pihak lelaki, yg mengetuai rombongan ini,siapa lagi kalo bukan mak sedara aku..

2. Sedara mara dengan barang hantaran..



3. Sebentuk cincin untuk Cik Anis

4. Mak menyarungkan cincin pada bakal menantu nya...


5. Selamat menjadi tunangan orang..