29 June, 2009

High Chair...

Erm....
Nak beli high Chair untuk Annisa...Kesian pulak tengok si kecik tu, bila aku dan husband makan dia asyik tengok jer.. nampak macam nak join kita orang makan kat meja .. kalo bleh nak cari yang murah2 jer la....
tak payahla mahal-mahal sangat.... harap-harap dapat la high chair tu...
iskk..iskk...

24 June, 2009

Sakitnya......

Ermmmm.......

Sakitnya aku ketika ini, tak tau nak diceritakan macam mana sakitnya.. yang penting aku mmg tengah sakit..aku nak rehat yang secukupnya..

balik dari kerja ptg tadi terus pergi ke klinik, Ya Allah, apa yang doktor cuba lakukan pada aku memang menyakitkan...tolong..tolong.. bebaskan aku dari penyakit ini...

rasa tak sanggup untuk aku menahan sakit yg satu ini.....

Cartoon..Cartoon.. dan Cartoon

Salam,

Juz nak share Antara cerita-cerita cartoon yang aku suka tengok, husband aku pun suka tengok jugak.... bila tengok citer cartoon kat TV jiwa aku rasa tenang,hepy dan melayang-layang..

Cartoon apa yang aku suka erkkk.....

1. Hagemaru Hageda.... haru sungguh bila nonton cartoon nie.. hagemaru si budak nakal

2. Hagemaru and the geng


Cartoon seterusnya ialah :

1. Detektif Conan yang cerdik dan tau serba serbi

2. Conan and the geng


6 Jun 2009 - Majlis Perkahwinan Min & Anis (Kuala Kangsar)

Salam,

Berlansung sudah majlis perkahwinan abangku dengan kekasih pilihan hatinya..Anis Syazira.. bertunang pada bulan Disember 2008 dan menikah pada 23 mei 2009... Selamat Sudah....

Lega rasanya, mak aku pun dah tak susah hati lagi memikirkan segala persiapan...yang penting masa kenduri aku dah sponser bunga pahar dan air cendol, dijamu untuk tetamu yg datang... itu jer hadiah yang mampu aku beri untuk majlis perkahwinan abang aku tu...

x payah la cerita panjang lebar,jom kita saksikan serba sedikit foto2 kenangan manis perkahwinan mereka....


1. Pelamin impian mereka berdua

2. Katil pengantin, bunga diatas kepala katil tu aku yang hiaskan dengan bantuan adik perempuanku...

3. Ketibaan pengantin


4. Makan beradap dan berSuap-suapan...

5. Sedondon dan seiring sejalan

6. Kek Pengantin - Ihsan dari Kawan emakku

7. Bergambar 1 family.. terima kasih kepada semua yang turut membantu menjayakan majlis perkahwinan hazimin dan anis...

30 Mei 2009 - Majlis Perkahwinan Hazimin dan Anis

Salam,

Tak tau nak tulis apa, cuma nak share serba sedikit majlis perkahwinan abang sulungku. Gambar Majlis bertandang di rumah pengantin perempuan di Changlun, Kedah... pada 30 mei 2009 - empat hari selepas arwah pak chu meninggalkan kami...
Sebanyak 6 buah kereta berkonvoi dari Kuala Kangsar...

Jom saksikan antara gambar2 yg sempat diambil :

1. Ketibaan pengantin di dalam busana berwarna maroon

2. Bergambar bersama emak dan abah


3. Makan beradab

4. Pengantin bersanding....

Udah la, tak tau nak tulis apa lagi......

Sinetron Intan





hehe...


Abis sudah sinetron kegemaran aku..semuanya 263 episod, banyak tul... rasa macam "betapa" aku menunggu untuk sampai ke episod akhir...

huhuu...Heppy ending... bersama juga intan,rado dan bintang..
rasanya,inilah drama bersiri yang paling lama aku follow, kalo tak silap semasa aku dalam pantang di kampung, sinetron Intan ni udah ada....
lama tul la...annisa dah setahun baru citer ni nak abis....


hehehehhehe...dasyat sungguh...


22 June, 2009

Kepulangan Yang Pasti

Al - Fatihah....

25 Mei 2009 - 6.00 ptg - Kebetulan hari tu, husband ambil aku lewat dari opis, selalunya rajin naik bas...tapi kerana aku ada beli something di opis, dlm keadaan terpaksa, husband terpaksa juga ambil aku di opis..
Balik jer dari opis, Aku dan Husband terus ambil Annisa di Taska dan sempat juga lah singgah ke kedai, beli sayur kangkung untuk melepaskan niatku memasak nasi goreng kampung.

6.15 ptg - sedang husband sibuk2 parking kereta, aku mendapat panggilan dari sepupuku (angah iena) mengatakan yang Pak Chu udah meninggal... dengan perasaan terkejut dan tanpa terkata-kata akhirnya air mata aku menitis laju gugur ke pipi... berdegup kencang jantungku.. Innalillawainalilla hiraujiun............ Ya Allah, Pak chu yang selalu menghantar dan mengambil aku dr sekolah, yang selalu menolong aku jika aku memerlukan bantuannya.. akhirnya pergi jua menghadap Ilahi...

8.30mlm - aku,husband dan annisa balik malam tu juga, sampai jer di kampung udah kul 11 lebih.. terus lihat jenazah dan sedekahkan al-fatihah..

26 Mei 2009 - Arwah Pak Chu selamat dikebumikan, aku salah seorang dari anak sedaranya yang sempat me'mandikan' jenazah nya.... sebak sangat waktu itu,melihatkan sekujur tubuhnya yang semakin kurus... Ya Allah, Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat..Amin

Rupa-rupanya dalam diam pak chu menanggung sakit yang teramat sangat, X sempat untuk nya membuat pembedahan....,...seingat aku bulan Mac 2009 aku pulang ke kampung.. waktu itu,Arwah Pak Chu dah mula sakit,.. tapi still boleh lagi bergurau dengan anak dan cucu sedara.. tetapi Allah SWT lebih menyayanginya.....

Akhirnya, kepulangan ini, adalah kepulangan yang pasti untuk kita sebagai hambanya....

Happy Birthday Annisa Sofea


Happy bIrthday 2 u..

hapyy birthday 2 U...

Happy Birthday to Annisa...

Happy Birthday to U, sayang Mama...


happy belated birthday untuk anak mama tersayang, tanggal 2 mei 2008 annisa sofea bt nadzir keluar ke dunia dan rasa seperti baru semalam aku melahirkan nya...

Sekejap jer ,umo annisa udah setahun... this year x celebrate birthday annisa pun, sebab annisa x mengerti apa pun lagi...

Insyaallah, next year mama & ayah akan celebrate yer...