21 August, 2009

Adil Ker??...

Kepada : Warga .......,

Untuk makluman, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri(JPM) akan mengeluarkan pelekat baru kenderaan kepada semua Jabatan/Agensi di Kompleks JPM mengikut bilangan lot tempat meletak kereta yang diperuntukkan kepada sesebuah Jabatan/Agensi.

Bil Peruntukan Lot Tempat Letak Kereta .......
......... = 173 lot ( 79 lot yang telah dikhaskan dan 94 lot terbuka).

Kriteria Pengagihan

Berdasarkan jumlah lot meletak kereta tersebut, Mesyuarat Pengarah-Pengarah ........ pada 19 Ogos 2009 telah memutuskan supaya pengagihan lot letak kereta/pelekat kereta untuk ....... dibuat berdasarkan kriteria berikut :-

a) Pegawai (JUSA/Gred 54/Gred 52) akan dibekalkan pelekat kenderaan termasuk pegawai contract for service dan pegawai pinjaman.

b) Bagi pegawai Gred 48, pengagihan adalah bersyarat iaitu mengikut kekananan pegawai dalam perkhidmatan dan tertakluk kepada baki lot letak kereta yang masih ada. Tidak semua pegawai Gred 48 akan dibekalkan pelekat kereta.

c) Sekiranya pegawai Gred 52 dan ke atas baru melapor diri, maka pegawai Gred 48 yang paling junior yang telah menerima pelekat kereta akan diminta untuk menyerahkan kembali pelekat kereta tersebut untuk tujuan pengagihan semula.

d) Memandangkan jumlah yang terhad, pegawai Gred 41/44 dan Kumpulan Sokongan tidak akan dibekalkan pelekat letak kereta. Perbadanan Putrajaya akan memperuntukkan ruang meletak kenderaan di belakang Kompleks JPM iaitu di antara Blok B7 dan Masjid Putra kepada pegawai JPM.

Tarikh Kuatkuasa

Pentadbiran JPM akan menguatkuasakan perkara ini dalam bulan September 2009. Bersama-sama ini disertakan salinan surat daripada JPM untuk makluman selanjutnya.
..
** memangla, aku tak merungut sangat pesal benda nie, tapi bila difikirkan balik ianya memang tak adil...memang tak adil untuk kakitangan sokongan seperti aku ni,,(korang pikir la sendiri) Cis..lepas ni terpaksa lah berjalan jauh untuk ke Opis, duduk dalam Putrajaya jugak, tapi terpaksa keluar awal...semata-mata untuk merebut parking..
Nak naik pengangkutan awam lagi la, memangla tambangnya murah, nak kemana-mana pun hanya bayar RM0.50 sen jer tapi tak efisyen, tunggu bas pun smpai setengah jam.buang masa jer...padalah rumah dekat jer,mana la jauh sangat dari Presint 1 ke Presint 14... naik kereta 10 minit jer dah sampai...
Apa la....

18 August, 2009

Berlin - Take My Breath Away (Love Theme From "Top Gun")

Lagu ni pun suka gak... Berlin - Take My Breath Away (Top Gun)

Watching every motion
In my foolish lover's game
On this endless ocean
Finally lovers know no shame
Turning and returning
To some secret place inside
Watching in slow motion
As you turn around and say

Take my breath away
Take my breath away

Watching I keep waiting
Still anticipating love
Never hesitating
To become the fated ones
Turning and returning
To some secret place to hide
Watching in slow motion
As you turn to me and say

Take my breath away
Take my breath away

Through the hourglass
I saw you In time you slipped away
When the mirror crashed
I called you
And turned to hear you say
If only for today
I am unafraid

Take my breath away
Take my breath away

Watching every motion
In this foolish lover's game
Haunted by the notion
Somewhere there's a love in flames
Turning and returning
To some secret place inside
Watching in slow motion
As you turn my way and say

Take my breath away
Take my breath away

Elton John - Sacrifice

Antara lagu yang aku suka.. Sacrifice - Elton John

It's a human sign
When things go wrong
When the scent of her lingers
And temptation's strong

Into the boundary
Of each married man
Sweet deceit comes calling
And negativity lands

Cold cold heart
Hard done by you
Some things look better baby
Just passing through

And it's no sacrifice
Just a simple word
It's two hearts living
In two separate worlds
But it's no sacrifice
No sacrifice
It's no sacrifice at all

Mutual misunderstanding
After the fact
Sensitivity builds a prison
In the final act

We lose direction
No stone unturned
No tears to damn you
When jealousy burns

2nd AnniVersaRy

Huhuhu...


2 tahun yang lepas semasa 17 Ogos 2007,

  • Masa 9.00 mlm, bertempat di Lot 153, Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar,Perak.
  • Dinikahkan oleh abahku sendiri dan sah menjadi isteri kepada Nadzir Bin Abdul Ghani
  • 18 Ogos 2007 - Majlis Persandingan di rumah pihak perempuan
  • 19 Ogos 2007 - Majlis Persandingan di rumah pihak lelaki

  • 2 Mei 2008 - Aku selamat melahirkan seorang cahayamata perempuan seberat 2.38kg pada pukul 3.15 pg di bilik 9, Dewan Bersalin Hospital Putrajaya.

Itulah antara kenangan² manis teristimewa dlm hidup yang pernah aku lalui....

So sempena 2nd anniversary kami,aku doakan semoga perkahwinan kami berkekalan sehingga akhir hayat dan sentiasa dilimpahkan rezeki oleh Allah s.w.t.. Amin

17 August, 2009

My Princess, Nurannisa Sofea


Satu,satu saya sayang Mama..
Dua,dua saya sayang Ayah...
Tiga-tiga sayang semuanya
Itulah antara bait-bait lagu yang kuajarkan pada Annisa
Dalam sedar atau pun tidak, Sekarang nie,
annisa dah pandai berjalan,
annisa dah pandai ambil brg yang disuruh oleh mama
annisa dah pandai letak minyak kat perut sendiri
annisa dah pandai wat Flying KIss
annisa dah pandai salam
dan yang paling terbaru,
annisa dah boleh sebut huruf "A"
Bangganya mama pada annisa, tak terkira gembiranya hati mama bila annisa dah nak mula bercakap, mama berfikir x rugi mama bagi susu ibu pada annisa jika ini hasil yang mama dan ayah dapat.
Tq my daughter, Nurannisa Sofea Bt Nadzir

We|come My Sis & My BRo

Hari minggu yang lalu, family aku dr Kuala Kangsar datang ke rumahku.. heppy sesangat..maklumlah mak sendiri yg dtg. Tujuannya nak bawa abang dan kakak iparku yang baru berkahwin berjalan-jalan.. Orang lepas kahwin kena la ziarah-menziarahi sedara mara..

kat sini ada beberapa kpg gambar yg sempat kita orang ambil masa berada di Dataran Masjid Putrajaya..

Mak dan Abah kesayanganku



My Bro & Sis

1 family

"aku pun nak masuk sama"

13 August, 2009

Apa YaNg Berlaku Yer???

Salam,

Kat sini aku nak cerita apa yang berlaku selepas 24 Julai 2009

26 Julai 2009

Seperti biasa, aku berada di kampung, apa lagi makan durian la.saat-saat manis menikmati buah durian, tapi sayang gambar tak sempat nak ambik. Sebelah malamnya, kami sekeluarga bersama emak, dan abah pergi ke Taiping.. Jalan-jalan cari makan.


27 Julai 2009

Lepas je lunch ngan mak, abah aku. Kitaorg pun bertolak balik ke Putrajaya. tapi sebelum tu kitaorang singgah jap kat Bidor, amik My mother In law untuk temankan aku semasa ketiadaan husband ku nanti.


3 Ogos 2009

Hari ini husband gi Kursus di Melaka. Kursus Pengurusan Kewangan dan perakaunan bermula 3 - 6 Ogos 2009. Tinggallah aku bersama annisa dan ibu mertuaku.. Hari-hari yang kulalui sungguh membosankan tanpa insan tersayang yang bernama suami...

6 ogos 2009
Bestnya, hari ni husband ku pulang, aku lihat annisa rindu sesangat pada ayahnya. Semasa ketiadaan suamiku annisa asyik menyebut nama " Ayah..ayah.."


8 Ogos 2009

Hari ini, mak mertuaku mahu pulang ke kampung. Mahu tak mahu terpaksa hantar lah juga. So lepas lunch kami pun bertolak dan sampai ke kampung dah kul 5.00 ptg. Penat tul la, kesian kat husband, baru 2 hari balik ke rumah dah kena travel jauh. Ditambah pula keadaan annisa yang tidak berapa sihat, boleh muntah dalam kereta pulak tu.. adoi..pening..pening..


9 Ogos 2009

Hari ini Annisa demam, panas sungguh suhu badannya.Kena pulak cirit birit, alahai semakin kecil susuk badannya. Aku dan Husband cuba bawa annisa ke klinik di Pekan Bidor..ermmm..semuanya tutup. Maklumla, hari Ahad. So, aku dan husband bercadang untuk segera pulang ke Putarajaya dan membawa annisa ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahra di Bangi.


10 - 11 Ogos 2009

Aku MC hammer hari ni...Doc bagi 2 hari.. apa lagi duduk rumah jaga annisa la...

14 Ogos 2009

Ermmm, hari ini mak,abah,abang,kakak ipar, dan adik-adikku nak datang ke rumah..huhuuu gembiranya hati..