14 October, 2009

Aku... Time Dolu--dolu..

Aku, dan hari -hari yang berlalu.. terasa terlalu cepat masa berlalu..
antara realiti dan kesedaran dalam diri, udah 5 tahun aku bekerja disini..

Bermula pada tahun 2004, ketika ber umo 21 thn...
inilah aku masa dolu-dolu..ahahha

Penghujung tahun 2005.. pegawai dan kakitangan MTEN
Bertugas untuk Pejabat Perdana Menteri - RMK9- di PWTC
pada 17 Nov 2006 bersama Host TV3 Ally Iskandar dan Azizah Ariffin........

Aku dan P.D. girlzz, Herda - Seminar RMK9 Feb 2007

My BEst FrienDs FoReveR... Shila

CElebRate BiRthDay Aku Dan HerDa - Nov 2007

JaMuan Hari Raya JPM

Salam,

Semalam bersamaan 13 Oktober 2009, UPE ,JPM telah mengadakan Jamuan Hari Raya UPE... best la, cuma bayar RM10 tapi dapat makan macam2..kenyang sgt smpai rasa nak pecah perut...

Y.B. Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pun ada.. bos kitaorang gak tu..

Ada sedikit gambar yag sempat aku ambil...
jom,


Pintu Masuk Dewan Makan..
Nak Menghias la tu..

apa-apa jer la...

Aku dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop..

07 October, 2009

Felda Bkt. Sagu - Kuantan

Emm..

Hari Sabtu lepas (3 Okt 09) aku dengan husband, annisa bersama best friend husband yang masih bujang trang tang-tang iaitu En. Hakim,Naguib dan Jaki pegi ke Majlis Perkahwinan Kawan DIAORANG (En. SheikH dan Pasangan) kat Felda Bukit Sagu, Kuantan, Pahang...

Kami pegi menaiki 2 buah kereta yang masing-masing dipandu oleh suamiku dan En. Naguib.. Pejalanan ke Bukit Sagu mengambil masa kira-kira 3 jam (t'masuk masa berhenti di R&R)..
Dan Nak dijadikan cerita, masa keluar je dr highway pantai timo - Kuantan.. kitorang boleh plak tersesat jalan.. ermmm... mau nya terus ke area sg. lembing.. jauh gila erkkk.. nak wat camne..gi tempat yg kami tak penah sampai..camtu la jadinye.. sambil tu sempat gak tgk kambing biri2..tapi sayang tak sempat ambil gambar..alih2 dalam kul 3 sampai jugak kami di rumah en. Sheikh.. selamat.. hahahaaa... dan terus makan..

Penat jugak la den raso.. mau patah -patang pinggang nie, ditambah pulak anak den maso dalam keto dok asyik main-main, tak mau duk diam dio tu.. tamboh plak lg kami semuo tak tido kat sano.. jadi nyo potang tu gak kami semuo travel balik ke KL...

Nak menginap kat Hotel Seri Malaysia dah Full, Hotel yg 4-5 star ada la.. x memadai setakat tido 1 mlm jer... keluar duit beratus-ratus..boli boras lagi baek...

Dipendekkan story mory nie, Keluar je Tol Gombak-UIA, MRR2 dah jem bangat...sampai umah dah dekat kul 10 mlm... arghhhh penatnya badan walaupun bukan ku yang Drive kete... hampeh..

jom nengok gambar pengantin..
Hehe.. sempat lagik ambik gambar ni...

Ni ler kawan-kawan suamiku,

Baju belang merah tu nama dia Nasrul Hakim, Baju Putih rambut rebonding ala-ala Q-Face tu Nama dia Naguib dan baju biru tu nama dia Jaki... dan pengantin lelaki tu nama dia Sheikh.. Dorang ni semua kawan2 serumah suamiku semasa di UiTM Shah Alam...

Pesal Naguib buat muka cam tu... ermmmm

Aku dan Puteri ku, Annisa Sofea..
Chow...

06 October, 2009

Raya..Raya..Raya..

Salam,

Selamat Hari Raya, Aidilfitri Mulia Ampun Maaf Dipinta ..... aper lagik erkk..

This year, tahun ke 3 aku dan husband menyambut Hari Raya sebagai suami isteri..tahun 2007 aku menyambutnya sebagai seorang ibu mengandung, tahun 2008 sebagai seorang ibu dan tahun ini, seperti biasa kami bertiga juga...
Whatever, kami still mengikut giliran untuk beraya.. thn 2007 kat rumah mak mertua, last year kat umah mak,abah aku and this year kat umah mak mertuaku.. next year tak tau lagik....

Nak tgk gambar raya kitaorang tak..jom..jom

Raya Pertama Kat umah mak mertua - Joko yang suka memakai Kain Pelikat


Aku bersama Kakak2 Iparku dan anak2 buahku...

Joko adalah menantu kesayangan emak dan abahku... hehehhe

Time Bagi duit raya....

Nota Hati :// Kami Sekeluarga Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Hasil Air TaNganKu...

Salam...

Dah lama sangat nak upload pasal kisah nie... tapi masanya belum ada, but today aku nak ceritakan serba sedikit perihal diriku semasa dalam bulan ramadhan yg lalu..

Tiada angin ataupun ribut, tiba-tiba aku begitu xcited nak buat kek dan biskut raya.. Maklumlah nak juga keluarkan bakat yang terpendam selama ni.. so dengan ke "Support" An husband ku, dan keinginan ku yang sudah meluap-luap ni maka terhasillah kek gula hangus ku..

Biskut raya yang aku sempat buat ialah Conrnflakes madu.. tak banyak sangat yang aku buat, cukup-cukup untuk rumah mak dan mak mertuaku shj.. lastly cornflakes madu untuk rumah aku.lansung x ade...

So, apa lagi.. tengok la...

05 October, 2009

Selamat Hari Raya


Salam,...


Dah lama sesangat aku tak meng update blog nie,.. tak tau la kenapa dengan jari jemari ku ini.. tak mau langsung nak menaip ayat2 kat blog nie.. Whatever.. apa pun yang berlaku...


Cuma, aku nak ucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
MAAF ZAHIR dan BATIN