18 December, 2008

Anakku sayang

Assalamualaikum, pembuka bicara. Alhamdulillah, dapat juga kita berjumpa hari ini. Rasanya masih belum terlewat untuk aku bercerita mengenai puteri kesayanganku yang lahir kira² 7 bulan yang lalu. Nama diberi Nurannisa Sofea Bt Nadzir yang bermaksud sahabat yang setia dan akrab. Dilahirkan pada 2 Mei 2008 bersamaan 25 Rabiulakhir 1429 (jumaat), pada pukul 3.15 pagi di Hospital Putrajaya.Beratnya 2.38kg,Kecil molek jer... Syukur pada yang maha esa kerana anakku keluar pada pintu yang sepatutnya dan memelihara diriku sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bersalin.

Nak tengok gambar putri kesayanganku semasa dilahirkan, jom....


Gambar ni selepas satu jam annisa sofea dilahirkan. time nie masih di labour room lagi.

Alahai rambut anak mama, ciput jer..x per annisa, yang penting mama dan ayah sayangkan nisa.

Alahai cucu opah dan atok..jangan la nangis.

Time ni umo annisa 4 bulan...




gambar nie kira yang baru la...si kecik ni mula meniarap umo 4 bulan.cepatkan..
Ok la, tak der benda yang nak di ceritakan lagi. jumpa lagik,adios

Post by http://fazana83.blogsport.com

17 December, 2008

15 December, 2008

Mengapa aku begitu takut???

hahhaa....kenapa dengan aku nie.. bila agaknya perasaan takut aku akan hilang. nak bawa kereta pun takut, kilat berdentum pun takut,bunyi mercun pun takut. Kenapa yer??? nasib la suamiku memahami situasi yang aku alami, kalau tak EHEmmmmmm........

Kadang-kadang dengan serangga kecil pun aku takut.contohnya lipas,tebuan. apa lagi kalo dengan binatang yg agak² besar spt kucing...ahahahaa, kenapa aku jadi begini.

Jika nak diikutkan dulu-dulu aku tak la takut sangat dengan binatang² nie, tapi lepas terjadi nyer tragedi di hinggap lipas, sumpah aku bertaubat tak nak rapat lagi dengan binatang nie.cam dulu aku boleh tangkap lipas pakai tangan lagi tu,berani tak?? tapi skrg tak lagi.antara penyebab yg membuatkan aku takut dengan lipas ialah..jeng..jeng.. lipas tu pernah masuk dalam baju aku,geli sangat time tu.. yerkk.. mak tolong na,lipas masuk baju...

satu lagi tragedi..Hahahha... tak boleh lupa pernah kena cakar dengan kucing, sampai seminggu parut kene cakar tu boleh hilang.so lepas tu mmg aku betul2 fobia dengan binatang nie...lagi satu, habit kucing ni dia suka cakar kaki. apa kucing tu ingat kaki aku nie lauk ker??? hampeh...

mengenai mercun dan kilat plak, tak tahulah camner aku boleh jadi takut . tak pernah ada xperience kehilangan jari atau dsb. Alkisahnya bila dengar jer dentuman guruh di langit dan kanak-kanak bermain mercun aku jadi takut. kalau telinga aku nie besar mau taknya aku sumbatkan kapas ker, plastisin ker agar telinga ku ini tak mendengar apa jua bunyi di luar nun... hahhahhaa..
pelik bertambah ajaibkan...

ni nak citer ttg bawak kete plak, alkisahnya aku ni ada lesen. tapi takut nak bawak, jika diselidik lesen ku ini diiktiraf dari tahun 2004. habis P thun 2006, sampai skrg masih ada perasaan takut lagik..apalah azna nie, apa la nak jadi. mana taknya sejak datang ke putrajaya dr thn 2004 aku terus x pernah bawa kereta. balik kampung sekali sekala pun x pernah bawa jugak.lastly, camni jadinya.
Aku seronok tengok orang lain bawa kereta. kawan2 aku yang ambik lesen kemudian dari aku pun dah boleh bawa kete. AKU??? bila lagi?? sampai bila aku nak naik, turun bas. Susahla, jika putri ku demam atau emergency sekalipun aku terpaksa menyuruh kawan se opis hantarkan aku balik. Sampai bila nak mengharap kan orang lain...

Alahai diriku....

fenin..fenin..Apa yang perlu aku buat, nak belajar balik dengan Driving School mahal la plak.1 ours = RM30#. 5 ours dah $150. Tapi cukupkah dengan 5 jam sahaja. Bukan aku tak mampu nak bayar, kalo ikutkan mmg mampu, tapi almaklumlah yg perbelanjaan seisi rumah skrg nie dah bertambah...
jadi terpaksa la aku tunggu suamiku mengajar aku DRIVE kembali,,,, tapi bila???

Sabar jer la...azna...

04 December, 2008

Perkembangan bayi yang BF

Just nak share dengan u all about BF. anak² yang fully BF ada perbezaan ker dengan Fully FM.. ???
This info me ambil dari susuibu.com untuk pembacaan semua,

Perkembangan bayi bergantung kepada banyak faktor. Walau bagaimanapun, proses penyusuan susu ibu dan khasiat susu ibu itu sendiri memang banyak membantu perkembangan yang cepat dalam kehidupan bayi berdasarkan beberapa fakta:

1. Posisi penyusuan susu ibu membantu bayi mendapat penglihatan yang paling optimum sejak dari awal (penglihatan bayi paling jelas dari sisi mata pada awal kelahiran), membolehkan bayi cepat melihat.

2. Sentuhan kulit ke kulit yang berlaku setiap kali penyusuan membantu bayi untuk mencapai suhu badan dan paras gula yang neutral. Selain itu juga, ia membantu ibu dan bayi mengikat kasih sayang dengan cepat. Ini amat membantu pembentukan emosi bayi tersebut dan seterusnya kepada pembentukan perkembangan yang lain.

3. Khasiat colustrum (susu awal ibu) yang sangat kaya dengan khasiat immuniti memelihara bayi dari pelbagai jangkitan penyakit dengan pertahanan badan yang kuat. Bayi yang sihat dapat mengecapi perkembangan yang sihat dan cepat.Selain dari ini, ada banyak lagi fakta yang membantu bayi dapat berkembang dengan cepat. Walau bagaimanapun, usaha ibu bapa untuk mengenali bayi dengan lebih dekat dan membantu bayi meneroka alam ini adalah juga faktor yang amat penting dalam membantu bayi mencapai perkembangan dengan optimum. Justeru itu, disebabkan penyusuan susu ibu itu sendiri melibatkan hubungan terus ibu dan bapa dengan bayi mereka, maka ianya dijadikan salah satu faktor utama terhadap perkembangan bayi tersebut..

03 December, 2008

Hari yang ku nantikan


Dengar cini semua, me nak citer skit..

17 Ogos 2007, hari bersejarah dlm hidup me.. ahaks... mana taknya!!! hari perkahwinan Me dengan hubby. Setelah hampir 1 thn 3 bln hidup di alam pertunangan, me & hubby pun disatukan. Hepi sangat dapat bersama dengan hubby.. Luv u Always...

Ni serba sedikit gambar yang sempat me SNAp kan.. ERmmmm...









Time ni my hubby tgh dengar cikit taklimat dari Tok kadi... gabra la tu...

** Ahahahhaha..... abah Me yang tersayang menikahkan my hubby, abah me kata selagi hayat dikandung badan dia akan nikahkan semua anak perempuannya... alahai...



Gambar kenang-kenangan Wth sedare- mare yang telah banyak membantu, firstly angah iena.. cousin yg me paling sayang.


View ni diambil depan rumah mak di kampung. Baling bunga lagi tu... ahaks...ahaks...





Tengok ape tu??

Setelah setahun bercinta

Iskk...iskk... nak cerita la... me kawan dengan hubby dah kira setahun .. kiranya dah sefahaman la.. dan

Alhamdulillah... setelah setahun mengenali hati budi masing², me & hubby pun ambil keputusan untuk bertunang... click..click.. tanggal 13 Mei 2006, itulah tarikh keramatnya..

Segalanya berjalan dengan lancar,, takut jugak time tu. maklumlah, 1st time.









Ini antara gambar yang sempat sedara mare me snapkan.. jangan mare maaaaaa.........




Ini antara gambar yang di snap semasa sedang menunggu cincin sampai ke jari.. kekeeekekeeee


Time ni mase ayah me, pak cik tengah berbincang ttg masa hadapan me& hubby