04 December, 2008

Perkembangan bayi yang BF

Just nak share dengan u all about BF. anak² yang fully BF ada perbezaan ker dengan Fully FM.. ???
This info me ambil dari susuibu.com untuk pembacaan semua,

Perkembangan bayi bergantung kepada banyak faktor. Walau bagaimanapun, proses penyusuan susu ibu dan khasiat susu ibu itu sendiri memang banyak membantu perkembangan yang cepat dalam kehidupan bayi berdasarkan beberapa fakta:

1. Posisi penyusuan susu ibu membantu bayi mendapat penglihatan yang paling optimum sejak dari awal (penglihatan bayi paling jelas dari sisi mata pada awal kelahiran), membolehkan bayi cepat melihat.

2. Sentuhan kulit ke kulit yang berlaku setiap kali penyusuan membantu bayi untuk mencapai suhu badan dan paras gula yang neutral. Selain itu juga, ia membantu ibu dan bayi mengikat kasih sayang dengan cepat. Ini amat membantu pembentukan emosi bayi tersebut dan seterusnya kepada pembentukan perkembangan yang lain.

3. Khasiat colustrum (susu awal ibu) yang sangat kaya dengan khasiat immuniti memelihara bayi dari pelbagai jangkitan penyakit dengan pertahanan badan yang kuat. Bayi yang sihat dapat mengecapi perkembangan yang sihat dan cepat.Selain dari ini, ada banyak lagi fakta yang membantu bayi dapat berkembang dengan cepat. Walau bagaimanapun, usaha ibu bapa untuk mengenali bayi dengan lebih dekat dan membantu bayi meneroka alam ini adalah juga faktor yang amat penting dalam membantu bayi mencapai perkembangan dengan optimum. Justeru itu, disebabkan penyusuan susu ibu itu sendiri melibatkan hubungan terus ibu dan bapa dengan bayi mereka, maka ianya dijadikan salah satu faktor utama terhadap perkembangan bayi tersebut..