22 July, 2009

CiNtA vs.. Love



Salam,
Just nak share about Cinta.. CINTA KITA..satu rasa.. tetapi apakah sebenarnya cinta..


  • Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar.

  • Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud didalam jiwa manusia sejak manusia lahir ke dunia, Cuma manusia akan melalui tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan.

Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.
  • Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya, jiwa bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Seterusnya, sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai...
  • Cinta itu indah
Walaupun kewujudan cinta tidak mampu dilihat, cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya germelapan dan putih bersih.
  • Cinta Itu Mengharapkan Balasan
Cinta antara manusia itu menjurus kepada jodoh atau pasangan, daripada diri yang mempunyai persamaan. Apabila dapat apa yang dicari, bermakna cinta itu sudah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tetapi juga memberi.
  • Cinta itu menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ia dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
  • Cinta itu mengetahui
Pada asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak boleh perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu peraturan cinta jika tidak diberikan panduan.
  • Cinta itu hidup
Cinta ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta.Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih ,tenang ,tertekan,ketawa dan menangis.

Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tetapi ramai orang berharap supaya cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun sudah mati.....

# belum abislagi, udahla, malas la nak taip lagi...lenguh tangan...


Diciplak dari harian metro 16 julai 2009, m/sV8