07 October, 2009

Felda Bkt. Sagu - Kuantan

Emm..

Hari Sabtu lepas (3 Okt 09) aku dengan husband, annisa bersama best friend husband yang masih bujang trang tang-tang iaitu En. Hakim,Naguib dan Jaki pegi ke Majlis Perkahwinan Kawan DIAORANG (En. SheikH dan Pasangan) kat Felda Bukit Sagu, Kuantan, Pahang...

Kami pegi menaiki 2 buah kereta yang masing-masing dipandu oleh suamiku dan En. Naguib.. Pejalanan ke Bukit Sagu mengambil masa kira-kira 3 jam (t'masuk masa berhenti di R&R)..
Dan Nak dijadikan cerita, masa keluar je dr highway pantai timo - Kuantan.. kitorang boleh plak tersesat jalan.. ermmm... mau nya terus ke area sg. lembing.. jauh gila erkkk.. nak wat camne..gi tempat yg kami tak penah sampai..camtu la jadinye.. sambil tu sempat gak tgk kambing biri2..tapi sayang tak sempat ambil gambar..alih2 dalam kul 3 sampai jugak kami di rumah en. Sheikh.. selamat.. hahahaaa... dan terus makan..

Penat jugak la den raso.. mau patah -patang pinggang nie, ditambah pulak anak den maso dalam keto dok asyik main-main, tak mau duk diam dio tu.. tamboh plak lg kami semuo tak tido kat sano.. jadi nyo potang tu gak kami semuo travel balik ke KL...

Nak menginap kat Hotel Seri Malaysia dah Full, Hotel yg 4-5 star ada la.. x memadai setakat tido 1 mlm jer... keluar duit beratus-ratus..boli boras lagi baek...

Dipendekkan story mory nie, Keluar je Tol Gombak-UIA, MRR2 dah jem bangat...sampai umah dah dekat kul 10 mlm... arghhhh penatnya badan walaupun bukan ku yang Drive kete... hampeh..

jom nengok gambar pengantin..
Hehe.. sempat lagik ambik gambar ni...

Ni ler kawan-kawan suamiku,

Baju belang merah tu nama dia Nasrul Hakim, Baju Putih rambut rebonding ala-ala Q-Face tu Nama dia Naguib dan baju biru tu nama dia Jaki... dan pengantin lelaki tu nama dia Sheikh.. Dorang ni semua kawan2 serumah suamiku semasa di UiTM Shah Alam...

Pesal Naguib buat muka cam tu... ermmmm

Aku dan Puteri ku, Annisa Sofea..
Chow...