21 August, 2009

Adil Ker??...

Kepada : Warga .......,

Untuk makluman, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri(JPM) akan mengeluarkan pelekat baru kenderaan kepada semua Jabatan/Agensi di Kompleks JPM mengikut bilangan lot tempat meletak kereta yang diperuntukkan kepada sesebuah Jabatan/Agensi.

Bil Peruntukan Lot Tempat Letak Kereta .......
......... = 173 lot ( 79 lot yang telah dikhaskan dan 94 lot terbuka).

Kriteria Pengagihan

Berdasarkan jumlah lot meletak kereta tersebut, Mesyuarat Pengarah-Pengarah ........ pada 19 Ogos 2009 telah memutuskan supaya pengagihan lot letak kereta/pelekat kereta untuk ....... dibuat berdasarkan kriteria berikut :-

a) Pegawai (JUSA/Gred 54/Gred 52) akan dibekalkan pelekat kenderaan termasuk pegawai contract for service dan pegawai pinjaman.

b) Bagi pegawai Gred 48, pengagihan adalah bersyarat iaitu mengikut kekananan pegawai dalam perkhidmatan dan tertakluk kepada baki lot letak kereta yang masih ada. Tidak semua pegawai Gred 48 akan dibekalkan pelekat kereta.

c) Sekiranya pegawai Gred 52 dan ke atas baru melapor diri, maka pegawai Gred 48 yang paling junior yang telah menerima pelekat kereta akan diminta untuk menyerahkan kembali pelekat kereta tersebut untuk tujuan pengagihan semula.

d) Memandangkan jumlah yang terhad, pegawai Gred 41/44 dan Kumpulan Sokongan tidak akan dibekalkan pelekat letak kereta. Perbadanan Putrajaya akan memperuntukkan ruang meletak kenderaan di belakang Kompleks JPM iaitu di antara Blok B7 dan Masjid Putra kepada pegawai JPM.

Tarikh Kuatkuasa

Pentadbiran JPM akan menguatkuasakan perkara ini dalam bulan September 2009. Bersama-sama ini disertakan salinan surat daripada JPM untuk makluman selanjutnya.
..
** memangla, aku tak merungut sangat pesal benda nie, tapi bila difikirkan balik ianya memang tak adil...memang tak adil untuk kakitangan sokongan seperti aku ni,,(korang pikir la sendiri) Cis..lepas ni terpaksa lah berjalan jauh untuk ke Opis, duduk dalam Putrajaya jugak, tapi terpaksa keluar awal...semata-mata untuk merebut parking..
Nak naik pengangkutan awam lagi la, memangla tambangnya murah, nak kemana-mana pun hanya bayar RM0.50 sen jer tapi tak efisyen, tunggu bas pun smpai setengah jam.buang masa jer...padalah rumah dekat jer,mana la jauh sangat dari Presint 1 ke Presint 14... naik kereta 10 minit jer dah sampai...
Apa la....