13 August, 2009

Apa YaNg Berlaku Yer???

Salam,

Kat sini aku nak cerita apa yang berlaku selepas 24 Julai 2009

26 Julai 2009

Seperti biasa, aku berada di kampung, apa lagi makan durian la.saat-saat manis menikmati buah durian, tapi sayang gambar tak sempat nak ambik. Sebelah malamnya, kami sekeluarga bersama emak, dan abah pergi ke Taiping.. Jalan-jalan cari makan.


27 Julai 2009

Lepas je lunch ngan mak, abah aku. Kitaorg pun bertolak balik ke Putrajaya. tapi sebelum tu kitaorang singgah jap kat Bidor, amik My mother In law untuk temankan aku semasa ketiadaan husband ku nanti.


3 Ogos 2009

Hari ini husband gi Kursus di Melaka. Kursus Pengurusan Kewangan dan perakaunan bermula 3 - 6 Ogos 2009. Tinggallah aku bersama annisa dan ibu mertuaku.. Hari-hari yang kulalui sungguh membosankan tanpa insan tersayang yang bernama suami...

6 ogos 2009
Bestnya, hari ni husband ku pulang, aku lihat annisa rindu sesangat pada ayahnya. Semasa ketiadaan suamiku annisa asyik menyebut nama " Ayah..ayah.."


8 Ogos 2009

Hari ini, mak mertuaku mahu pulang ke kampung. Mahu tak mahu terpaksa hantar lah juga. So lepas lunch kami pun bertolak dan sampai ke kampung dah kul 5.00 ptg. Penat tul la, kesian kat husband, baru 2 hari balik ke rumah dah kena travel jauh. Ditambah pula keadaan annisa yang tidak berapa sihat, boleh muntah dalam kereta pulak tu.. adoi..pening..pening..


9 Ogos 2009

Hari ini Annisa demam, panas sungguh suhu badannya.Kena pulak cirit birit, alahai semakin kecil susuk badannya. Aku dan Husband cuba bawa annisa ke klinik di Pekan Bidor..ermmm..semuanya tutup. Maklumla, hari Ahad. So, aku dan husband bercadang untuk segera pulang ke Putarajaya dan membawa annisa ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahra di Bangi.


10 - 11 Ogos 2009

Aku MC hammer hari ni...Doc bagi 2 hari.. apa lagi duduk rumah jaga annisa la...

14 Ogos 2009

Ermmm, hari ini mak,abah,abang,kakak ipar, dan adik-adikku nak datang ke rumah..huhuuu gembiranya hati..